23.2.10

Episode 17

Episode 17 : Saya bukan pecinta yang baik.

Apa aku ini.

i.
Dulu, lebih kurang 2 tahun lepas... aku masih lagi study kat uitm Shah Alam dan Mama dimasukkan ke wad di Hospital Kangar sebab komplikasi Tiroid. Disebabkan kompilaksi itu, Mama dibedah. Di leher. Masa itu aku memang tak boleh balik. Sebab yang terpaling aku ingat adalah sebab ada 'test'. Masa mama dibedah itu abah text sama aku untuk bacakan Yaasin. Mohon semoga segalanya berjalan lancar dan selamat. Dari apa yang dicerita Mama, saat itu sangat genting sebab doktor bagi peluang 50-50 sebab kelenjar tiroid yang bermasalah itu hampir menghimpit salur suara. Jadi pembedahan itu merisikokan kepada kehilangan suara.

Semangat Mama memang kuat. Setelah hampir enam jam selepas pembedahan, baru Mama tersedar. Ketika itu hanya kaklong dan abah yang temankan Mama. Aku yang berada di Shah Alam sejujurnya merasakan sedikit berdebar. Terutamanya tentang pembedahan itu. Hanya setelah hampir dua minggu pembedahan itu, baru aku dapat menziarah mama. Pengorbanan kaklong, abah dan adik perempuan aku yang ketika itu bertukar shift dengan kaklong jaga Mama sebab cuti kaklong dah habes betul-betul buat aku terharu.

Terharu dan sedih sebab fikir kenapa aku tidak dapat buat macam diorang untuk jaga Mama. Alhamdulillah semuanya berjalan baik dan Mama sekarang sudah sihat.

ii.
Semalam. Raha dimasukkan ke wad sebab komplikasi virus dalam saraf. Bell Palsy yang dia hadapi masih lagi tidak sembuh walaupun hampir setahun. Hari ini, doktor sudah buat MRI dan EEG. Keputusan kepada MRI tidak menunjukkan apa-apa komplikasi buruk. Tapi setelah dijalankan EEG, doktor mengesahkan virus infected menyebabkan parut pada saraf. Sehingga enty ini ditulis, doktor minta Raha duduk lagi di wad untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut. Hanya keluarga dia sahaja yang teman. Rakan-rakan hanya boleh bagi sokongan Raha.

Aku belum berkesempatan lagi untuk lawat Raha. Walaupun aku tahu dia harapkan betul kehadiran aku disana. Ia. Betul-betul harap.

*Sigh*

Jadi aku plan aku untuk ziarah Raha. Belum tahu lagi bila. Tolong jangan sedih. Tuhan sayang pada makhluknya. Ini mungkin ujian untuk buktikan keimanan pada Sang Pencipta.

"Tuhan, aku ini hanya insan lemah, kau lindungilah seluruh ahli keluargaku dan orang yang dekat pada ku agar dilindungi dengan keselamatan dan kesihatan yang baik. "

No comments:

Post a Comment

your voice