8.4.10

Episode 20

Episode 20: Peluang untuk cuba.

Masuk kali ini sudah dua kali aku dapat rasa gegaran. Pertama dulu semasa tinggal di rumah sewa di Shah Alam Disember 2004 lalu. Langsung dengan kejadian tsunami di Aceh. Kedua adalah sekitar 6.15 pagi 7 April 2010. Bila diselidik melalui internet dan berita di TV memang benar ada gempa di Sumatera utara. Lebih kurang 7.8 skala ritcher.

Dulu semasa aku mula-mula belajar tentang erti sebuah kehidupan, aku gemar dengar cerita dan nasihat orang-orang lama. Mereka ini sangat 'cool' bagi aku. Antara nasihat yang aku ingat adalah tentang bagaimana tuhan beri balik apa yang kita beri. Dengan kata lain adalah segala apa perbuatan yang kita buat pada hari ini dan semalam, akan mencerminkan apa yang kita akan dapat dimasa depan. Mat Saleh kata what you give, you get back.

Mungkin ini refleksi dari pandangan aku sendiri. Kita ini manusia. Banyaknya salah yang kita telah buat. Bagi aku, ini mungkin satu tanda amaran dan peringatan oleh Sang Pencipta. Dialog Nya dengan kita mudah, hantar gempa, hantar air banjir, hantar panas kering. Indirect contact. Bagi mereka yang berfikir sahaja yang mampu faham. Untuk faham itu bukan semudah 1,2,3. Ia perlu pada rasa. Iman. Deep bukan?

Disekeliling aku adalah students. Terus terang aku katakan untuk mendidik dan memberi tahu mereka agar jadi insan yang baik amat payah. Nanti kau digelar macam-macam. Tapi dengan berkat usaha yang sedikit mungkin ada sekali dua aku cuba nasihatkan mereka-meraka ini. Mungkin aku bukan tukang ajar yang baik. Kalau boleh nanti bila mereka keluar dari sini, pergi ke masyarakat mereka boleh jadi orang yang berguna untuk agama bangsa negara.

Kalau kau engineer, jadilah engineer yang beriman. Kalau kau jadi penyanyi/pelakon, jadilah penyanyi/pelakon yang beriman. Kalau kau jadi ustaz/ustazah, jadi lah ustaz/ustazah yang beriman.

Cuma realiti itu bukan mudah. Tapi kita punyai peluang untuk cuba.
;-)