23.2.10

Episode 17

Episode 17 : Saya bukan pecinta yang baik.

Apa aku ini.

i.
Dulu, lebih kurang 2 tahun lepas... aku masih lagi study kat uitm Shah Alam dan Mama dimasukkan ke wad di Hospital Kangar sebab komplikasi Tiroid. Disebabkan kompilaksi itu, Mama dibedah. Di leher. Masa itu aku memang tak boleh balik. Sebab yang terpaling aku ingat adalah sebab ada 'test'. Masa mama dibedah itu abah text sama aku untuk bacakan Yaasin. Mohon semoga segalanya berjalan lancar dan selamat. Dari apa yang dicerita Mama, saat itu sangat genting sebab doktor bagi peluang 50-50 sebab kelenjar tiroid yang bermasalah itu hampir menghimpit salur suara. Jadi pembedahan itu merisikokan kepada kehilangan suara.

Semangat Mama memang kuat. Setelah hampir enam jam selepas pembedahan, baru Mama tersedar. Ketika itu hanya kaklong dan abah yang temankan Mama. Aku yang berada di Shah Alam sejujurnya merasakan sedikit berdebar. Terutamanya tentang pembedahan itu. Hanya setelah hampir dua minggu pembedahan itu, baru aku dapat menziarah mama. Pengorbanan kaklong, abah dan adik perempuan aku yang ketika itu bertukar shift dengan kaklong jaga Mama sebab cuti kaklong dah habes betul-betul buat aku terharu.

Terharu dan sedih sebab fikir kenapa aku tidak dapat buat macam diorang untuk jaga Mama. Alhamdulillah semuanya berjalan baik dan Mama sekarang sudah sihat.

ii.
Semalam. Raha dimasukkan ke wad sebab komplikasi virus dalam saraf. Bell Palsy yang dia hadapi masih lagi tidak sembuh walaupun hampir setahun. Hari ini, doktor sudah buat MRI dan EEG. Keputusan kepada MRI tidak menunjukkan apa-apa komplikasi buruk. Tapi setelah dijalankan EEG, doktor mengesahkan virus infected menyebabkan parut pada saraf. Sehingga enty ini ditulis, doktor minta Raha duduk lagi di wad untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut. Hanya keluarga dia sahaja yang teman. Rakan-rakan hanya boleh bagi sokongan Raha.

Aku belum berkesempatan lagi untuk lawat Raha. Walaupun aku tahu dia harapkan betul kehadiran aku disana. Ia. Betul-betul harap.

*Sigh*

Jadi aku plan aku untuk ziarah Raha. Belum tahu lagi bila. Tolong jangan sedih. Tuhan sayang pada makhluknya. Ini mungkin ujian untuk buktikan keimanan pada Sang Pencipta.

"Tuhan, aku ini hanya insan lemah, kau lindungilah seluruh ahli keluargaku dan orang yang dekat pada ku agar dilindungi dengan keselamatan dan kesihatan yang baik. "

21.2.10

Episode 16

Episode 16: Berbual Tentang Internet dan kaitannya dengan maruah diri.

Internet adalah satu kemudahan. Memang sangat jelas bagi aku itu. Tapi terlampau banyak penggunaannya atau terlampau asyik dengan internet menjadikan seseorang itu tidak akan berjaya siapkan kerja rumah seperti menyapu atau membasuh kain.

Realiti yang berlaku ini kadang-kala boleh mencetuskan berbalahan terutamanya kepada pasangan yang sudah berumahtangga dan tinggal sebumbung. Bagi yang masih study pula, assignment yang sepatutnya boleh disiapkan dalam beberapa jam, akan gagal disiapkan pada masa biasa. Iye lah sambil buat assignment sambil YM, upload gambar dalam facebook, comment sana sini, update blog dan sebagainya.

Itu belum lagi cerita salah guna intenet budak-budak baru nak naik. Dengan letusan laman pornografi yang sangat mudah di akses, aku merasakan jika tidak dikawal selia dengan baik, hancur budak-budak kita. Seriusnya perkara ini boleh saja kamu-kamu taip perkataan 'melayu' di google, maka yang keluar banyaknya adalah perkara negatif. Betul-betul keji la.

Aku selalu terkenangkan awal pembabitan aku dalam penggunaan internet sekitar tahun 1998 dahulu, yang mana ancaman kepada akses sebigini belum lagi parah. Hei, laporan akhbar selalu sebut tentang masalah penglibatan pelajar sekolah, senang cerita budak sekolah dalam rakaman aksi lucah. Aku akui bukan masalah remeh beb. Makin hari makin bertambah. Paling sedihnya adalah remaja melayu Islam yang ramai terlibat. Aku sedih sangat-sangat. Inikah generasi yang akan memimpin negara? Agama? Hish. Mungkin erti kecanggihan selalu disalah ertikan manusia. Betul kan manusia itu selalu kufur nikmat. Oh, Allah aku minta keampunan mu.

Jadi saranan aku sebagai seorang lelaki yang rasa sedikit tanggungjawab ini adalah:

i.
Kepada peprempuan-perempuan diluar sana, jika masih bersekolah, tidak perlulah engkau orang bercinta dengan mana-mana lelaki. Waste time lah bercinta dengan lelaki yang belum tentu arah dan tujuan hidupnya.

ii.
Kepada perempuan-permpuan semua, jaga lah maruah anda. Come on. Tak perlu percayakan sama lelaki 100%. Jual mahal sikit tak pe. Jangan nampak desperate nak bercinta. Sebab ia menampakan kekejian korang. Serius.

iii.
Kalau tak boleh handle, sudah ada calon sesuai, dapat restu ibu bapa kahwin saja. Jangan memandai kahwin kat Thailand ke ape. Sulit kehidupan korang nanti.

iv.
Selidiki latar belakng pasangan korang, Jangan suami/ bini orang pun ko nak sebat. Itu rakus dan keji namanya. Nampak benar tiada maruahnya.

Kesimpulannya, sebenarnya internet dan maruah adalah saling kait antara satu sama lain. Jika sekali gambar/video keaiban kamu dah tersebar di internet, sampai bila pun orang akan ingat dan simpan tak kira dalam memori otak atau memory hard disk.

Mahu?

16.2.10

Episode 15

Episode 15: Hasil stalk bertahun berhasil dengan tidak sengaja.

Hari ini aku sempat kemaskinikan akaun bukumuka. Tertera di dinding tentang satu message. Jadi aku baca.

OMG.

Seorang yang aku dah bertahun sangat stalk tiba-tiba je muncul dan message sama aku. Haha.
Betul lah, pertemuan itu semua milik Allah. Pernah satu ketika itu aku google nama dia, tapi berjaya jumpa gambar-gambarnya sahaja. Itu pun melalui blog kawan dia saja.

Dia bukanlah apa-apa. Ok. Masa sekolah dulu orang gosipkan dia sama aku yang puncanya entah apa aku pun bingung. Terus aku malu untuk bercakap-bual seperti aku perlakukan dengan orang lain. Suck jugak aku dulu sebenarnya.

Sampai waktu ini aku masih berbals message dengan dengan dia. Maklumlah 12 tahun beb terpisah.

Jangan risau.
Aku tidak curang ye.

*gelak jahat*

Epsode 14

Episode 14 : Maafkan aku, sebab aku tidak boleh kongsikan sesuatu yang aku pun tidak ada.

Ramai orang akan terfikir bagaimana hendak bahagia kan?
Tapi sebenarnya apa makna bahagia itu?
Bahagia bila sudah jumpa kekasih hati?
Bahagia bila kita tau akan ramai orang support dari belakang?
Bahagia kerana tiada lagi orang yang mengongkong hidup?

Bahagia itu bahasanya mudah.
Aku masih teringat kata-kata seorang teman tatkala aku masih belajar mengenal erti hidup. " Hakikat bahagia itu kita akan rasai bila mana kita dah dalam kubur".

Aku sampai sekarang masih teringat. Dia jelaskan pada aku lagi bila kita sudah ada dalam kubur, bermulalah kehidupan realiti kita sebenar. Jika api, menderita lah kita. Jika sempurna iman, itu bahagia sebenar. Sampai bila-bila.

Untuk jumpa bahagia itu terpaling payah. Sama sukarnya untuk kita buat baik. Aku hari ini ingin minta maaf pada ibu bapa, students aku sebab aku belum lagi berjaya menjadi seseorang yang punyai jati diri mantap. Sebab aku ini masih lagi belajar. Mungkin itu lah sebabnya bahagia itu belum ada pada aku. Aku tak boleh kongsikan dengan kalian.

Maafkan aku ye.

Episode 13

Episoode 13 : Harapan untuk dimaafkan

Beribu bintang di malam itu.
Malam itu juga yang terpaling sial
Mereka mengutuk aku disepanjang itu

Tuhan maafkan lah aku ini
Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan

-Harapan itu-

10.2.10

Episode 12

Episode 12 : Dialog bersama pakcik Sulaiman

"Esok, kan kau ada kerja.
sudah prepare?
sudah. pegi kau dari sini!" kata pakcik Sulaiman kepada dia.