21.2.10

Episode 16

Episode 16: Berbual Tentang Internet dan kaitannya dengan maruah diri.

Internet adalah satu kemudahan. Memang sangat jelas bagi aku itu. Tapi terlampau banyak penggunaannya atau terlampau asyik dengan internet menjadikan seseorang itu tidak akan berjaya siapkan kerja rumah seperti menyapu atau membasuh kain.

Realiti yang berlaku ini kadang-kala boleh mencetuskan berbalahan terutamanya kepada pasangan yang sudah berumahtangga dan tinggal sebumbung. Bagi yang masih study pula, assignment yang sepatutnya boleh disiapkan dalam beberapa jam, akan gagal disiapkan pada masa biasa. Iye lah sambil buat assignment sambil YM, upload gambar dalam facebook, comment sana sini, update blog dan sebagainya.

Itu belum lagi cerita salah guna intenet budak-budak baru nak naik. Dengan letusan laman pornografi yang sangat mudah di akses, aku merasakan jika tidak dikawal selia dengan baik, hancur budak-budak kita. Seriusnya perkara ini boleh saja kamu-kamu taip perkataan 'melayu' di google, maka yang keluar banyaknya adalah perkara negatif. Betul-betul keji la.

Aku selalu terkenangkan awal pembabitan aku dalam penggunaan internet sekitar tahun 1998 dahulu, yang mana ancaman kepada akses sebigini belum lagi parah. Hei, laporan akhbar selalu sebut tentang masalah penglibatan pelajar sekolah, senang cerita budak sekolah dalam rakaman aksi lucah. Aku akui bukan masalah remeh beb. Makin hari makin bertambah. Paling sedihnya adalah remaja melayu Islam yang ramai terlibat. Aku sedih sangat-sangat. Inikah generasi yang akan memimpin negara? Agama? Hish. Mungkin erti kecanggihan selalu disalah ertikan manusia. Betul kan manusia itu selalu kufur nikmat. Oh, Allah aku minta keampunan mu.

Jadi saranan aku sebagai seorang lelaki yang rasa sedikit tanggungjawab ini adalah:

i.
Kepada peprempuan-perempuan diluar sana, jika masih bersekolah, tidak perlulah engkau orang bercinta dengan mana-mana lelaki. Waste time lah bercinta dengan lelaki yang belum tentu arah dan tujuan hidupnya.

ii.
Kepada perempuan-permpuan semua, jaga lah maruah anda. Come on. Tak perlu percayakan sama lelaki 100%. Jual mahal sikit tak pe. Jangan nampak desperate nak bercinta. Sebab ia menampakan kekejian korang. Serius.

iii.
Kalau tak boleh handle, sudah ada calon sesuai, dapat restu ibu bapa kahwin saja. Jangan memandai kahwin kat Thailand ke ape. Sulit kehidupan korang nanti.

iv.
Selidiki latar belakng pasangan korang, Jangan suami/ bini orang pun ko nak sebat. Itu rakus dan keji namanya. Nampak benar tiada maruahnya.

Kesimpulannya, sebenarnya internet dan maruah adalah saling kait antara satu sama lain. Jika sekali gambar/video keaiban kamu dah tersebar di internet, sampai bila pun orang akan ingat dan simpan tak kira dalam memori otak atau memory hard disk.

Mahu?

No comments:

Post a Comment

your voice