25.9.10

Episode 22

Episode 22: Mengomel pada diri sendiri.

Assalamualaikum.


Syawal sudah. masa ku rasa begitu cepat berlalu. sedar atau tidak sudah hampir satu tahun setengah aku di bumi yang jauh dari tempat asal ku. Ramadhan berlalu- jujur aku katakan tidak seperti tahun -tahun yang sebelumnya. Aku cuba untuk memperbaiki diri ini.

"Jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu". Uff. Benar. Bukan mudah untuk melawan hawa nafsu. yang datangnya mungkin bukan boleh dirancang kadang-kadang. aku sering tewas. Sudah banyak tahun disimpan azam untuk cuba bebas dari belenggu ini. Mungkin boleh dulu bertahan berbulan. tapi sejak akhir ini boleh dikira hari.

Bukan tidak langsung diusaha. sudah. cuma mungkin tidak bersungguh. kenapa? untuk bersungguh itu juga sudah masuk jihad melawan nafsu. itu yang terpaling payah. sebab itu aku tidak suka berseorang. bila berseorang aku akan jadi macam-macam. lepas ini pula apa?

Aku tetap akan harungi. bersungguh bebaskan diri. tetapkan matlamat jelas, aku yakin diri ini sebenarnya boleh. jangan lagi dipandang aku ini tiada apa-apa.

Aku adalah aku yang tidak perlu lagi kau persoalkan kenapa dan mengapa. usah ditanya. kerana aku punyai matlamat untuk diri ku.

Tuhan,ku mohon hidayah-MU.